Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan dengan Jajahan Machang di Utara dan Jajahan Gua Musang di Selatan. Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di Baratnya ialah Jajahan Jeli.
Keluasan Jajahan Kuala Krai berbanding dengan Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut :-
Jajahan |
Keluasan |
Kelantan |
1,492,200Hek/14,922km2 |
Kuala Krai |
222,500Hek/2,329km2 |
Sumber : UPEN
Bentuk mukabumi jajahan ini berbukit bukau di sebelah Timur, Barat dan Selatan serta pamah di sebelah Utara. Kedudukan tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153m – 305m. Manakala aras yang tertinggi ialah melebihi 915m iaitu sebelah bersempadan Jajahan Jeli.Ketinggian mengikut keluasan adalah sepertimana berikut :-
Ketinggian |
Keluasan(Hek) |
Kurang 150 |
192,189 |
151 – 130 |
14,250 |
306 – 915 |
23,250 |
Lebih 916 |
6,000 |
Sumber: Laporan Pelan Struktur.
Terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai Utara mentadbir kawasan seluas 12,494 hektar manakala Majlis Daerah Kuala Krai Selatan merangkumi 162,128 hektar. Manakala bakinya ialah 60,611 hektar adalah di luar Pihak Berkuasa Tempatan.
DAERAH |
DAERAH |
DABONG |
|