Keusahawanan – Puan Nurul Sahida Bt Hussin
USAHAWAN PRODUK MAKANAN & KECANTIKAN WANITA
Nama | : Nurul Sahida Binti Hussin |
Umur | : 30 Tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Puan Sahida Binti Hussin merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan di sekitar Kampung Bukit Sireh. Puan Sahida juga telah mengikuti program keusahawanan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia. Beliau telah mula berniaga kuih-muih di sekitar Kampung Bukit Sireh dan sekarang telah membuat Kuih Frozen untuk dipasarkan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sahaja dan tidak mengetahui untuk mempromosikan produk beliau melalui atas talian dan media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1,500.