mcmc
Kisah Kejayaan PI1M Mengkebang

Kisah Kejayaan Q4/2019

Keusahawanan – Cik Siti Munirah Bt Mat Jaya

USAHAWAN BARANGAN RUNCIT & MAKANAN TERNAKAN

Nama  : Siti Munirah Binti Mat Jaya
Umur : 26 Tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Cik Siti Munirah berasal dari Kampung Bukit Sireh, Kuala Krai Kelantan. Telah mula berniaga sejak 3 tahun yang lepas. Cik Siti Munirah telah menjalankan perniagaan Barangan Runcit serta Makanan ternakan (Dedak) bagi keperluan penduduk di sekitar Kampung Bukit Sireh – Kuala Nal. Cik Siti Munirah mempunyai keinginan yang tinggi untuk terus memaju perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1500 – RM2000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah dapat mempromosikan produk dan kedai beliau. Pelanggan beliau adalah dari sekitar Kampung Bukit Sireh dan Kampung-kampung yang berdekatan yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM4500.