Keusahawanan – En. Muhammad Fadil Bin Rozali
USAHAWAN KEDAI MAKAN ROTI CANAI
Nama | : En. Muhammad Fadil Bin Rozali |
Umur | : 23 Tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Encik Muhammad Fadil berasal dari Kampung Batu Jong Kuala Krai Kelantan. Beliau mempunyai minat dalam bidang perniagaan dan telah menceburi bidang perniagaan kedai makan roti canai. Kedai beliau lebih dikenali dengan panggilan kedai Kembar Roti Canai yang terletak di Simpang 3 Kampung Bukit Sireh. Gelaran Kembar Roti Canai ini diambil sempena beliau mempunyai saudara kembar yang telah sama-sama memulakan perniagaan ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak mahir dalam penggunaan ict dan media sosial untuk lebih mempromosikan perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai makan beliau serta produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh kawasan Kuala Krai yang mana mereka mengetahui perniagaan beliau melalui facebook tersebut. Beliau juga mengikuti latihan Microsoft Office.