Keusahawanan – Pn. Sabariah Bt. Abdullah
USAHAWAN JAHITAN PAKAIAN
Nama | : Puan Sabariah Binti Abdullah |
Umur | : 40 Tahun |
Ahli | : 2011 |
Latar belakang
Puan Sabariah merupakan seorang surirumah dan beliau begitu aktif dalam bidang jahitan pakaian. Oleh terlalu minat dengan bidang jahitan ini beliau telah banyak mengikuti latihan yang disediakan bawah Kesedar Kuala Krai. Beliau juga kerap ke pusat internet atas urusan kerjanya dalam penyediaan dokumen dan sebagainya. Puan Sabariah banyak menggunakan kemudahan di PI dalam menyelesaikan urusan kerja beliau bagi menyediakan perancangan perniagaannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tidak mahir dengan penggunaan ict dan cara mempromosikan perniagaan di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh sekitar negeri kelantan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook, Instagram dan whatsapp. Adakala juga beliau mempromosikan produk beliau di seluruh nagara dengan menyertai pameran jualan.