CELIK IT ADAM BIN OTHMAN
Nama | : Adam Bin Othman |
Umur | : 6 tahun |
Ahli | : 2010 |
Latar Belakang
Adam Bin Othman berasal daripada Kampung Bukit Sireh yang kini bersekolah di SM Sains Jeli Kelantan bermula tahun 2015 hingga kini. Saya memperoleh banyak pengetahuan ICT di Pusat Internet ini.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Pengetahuan dalam bidang ICT sekadar asas sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah mengetahui tentang penggunaan Microsoft Office dan penggunaan email. Beliau banyak melakukan kerja penyediaan dokumen bagi penyediaan kerja kursus sekolah beliau dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini. Dengan latihan ICT yang disediakan di PI telah mempermudahkan urusan kerja beliau dan beliau berminat untuk terus mendapatkan khidmat latihan ICT di PI.
USAHAWAN NURUL IFFAH NABIHAH BT SUHAIMI
Nama | : Nurul Iffah Nabihah Bt. Suhaimi |
Umur | : 19 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Nurul Iffah Nabihah Bt. Suhaimi yang berasal dari Kampung Lepan Pauh telah berminat mengikuti kelas latihan di Pusat Internet Mengkebang. Beliau mempelajari asas penggunaan Adobe Photoshop bagi kegunaan design dan Microsoft Office.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 – RM3000 sahaja sebulan. Jumlah produk terdiri daripada cetakan baju Jersi dan Tshirt. Beliau juga tidak tahu menggunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar-gambar produk beliau.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Kuala Krai yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Beliau juga sudah mula tahu pendidikan asas mengenai Adobe Photoshop.
USAHAWAN RUZAINI BINTI RAHMAD
Nama | : Patrisha A/P Anthony Samy |
Umur | : 40 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Puan Patrisha A/P Anthony Samy yang menetap di Taman Sutera Bukit Sireh Kelantan merupakan suri rumah dan telah mencuba untuk menceburi bidang usahawan dengan berniaga barangan kesihatan dan keperluan.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak tahu menggunakan FB ads untuk mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk adalah pelbagai jenis produk kesihatan dan barangan keperluan.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000. Beliau juga sudah mula tahu untuk membuat FB ads.