mcmc
Kisah Kejayaan PI1M Mengkebang

Kisah Kejayaan Q3/2019

Keusahawanan – En. Mohd Zaidi Bin Mahmood

USAHAWAN SABUN BERASASKAN MADU KELULUT

Nama  : Mohd Zaidi Bin Mahmood
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Encik Zaidi berasal dari Kampung Sungai Durian Kuala Krai telah menceburi bidang usahawan madu kelulut. Beliau telah menghasilkan sabun berasaskan madu kelulut dan telah memasarkan produk beliau ke seluruh Malaysia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut dan media sosial. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1800.