Keusahawanan – Puan Suhaila Binti Badarudin
USAHAWAN PRODUK MAKANAN DAN KATERING
Nama | : Suhaila Binti Badarudin |
Umur | : 38 Tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Suhaila telah berasal dari Kampung Bedal Kuala Krai telah memulakan perniagaan produk berasaskan makanan basah seperti nasi berlauk serta kuih muih. Beliau yang minat dengan masakan juga menyediakan perkhidmatan tempahan makanan untuk sebarang majlis.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah mengikut tempahan dan tidak menentu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Kampung Bedal dan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut dan media sosial. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1200.