mcmc
Kisah Kejayaan PI1M Mengkebang

KISAH KEJAYAAN Q3/2017

CELIK IT NIK NUR SYAHADAH BT NIK MOHD ZAKY

  Nama :  Nik Nur Syahadah Bt Nik Mohd Zaky
  Umur :  25 tahun
  Ahli :  2010

 

Latar Belakang

Nik Nur Syahadah telah menjadi ahli PI dari sejak persekolahan menengah lagi. PI ini telah banyak memudahkan segala urusan kerja persekolahan beserta latihan yang diberikan banyak memberi manafaat kepada saya.

 Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Kesusahan untuk saya menyiapkan kerja sekolah atau kursus disebabkan saya tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan komputer dan internet.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.

 


 

USAHAWAN MOHD ZAINURI BIN ZAHARI

  Nama :  Mohd Zainuri Bin Zahari
  Umur :  30 tahun
  Ahli :  2017

 

Latar Belakang

Encik Zainuri telah menjual daging kambing yang telah siap di perap secara kecil-kecilan disekitar Kuala Krai dan luar Kuala Krai mengikut tempahan pelanggan. Mula berniaga sejak 3 tahun yang lalu. Produk yang dihasilakn dijual secara terus kepada pelanggan ataupun melalui pos.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah mengikut tempahan dan tidak menentu.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Kuala Krai dan luar dari Kuala Krai yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut dan media sosial. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1500.

 


 

USAHAWAN NIK ROZITA BT NIK MAT

  Nama :  Nik Rozita Binti Nik Mat
  Umur :  46 tahun
  Ahli :  2011

 

Latar Belakang

Puan Nik Rozita Binti Nik Mat merupakan seorang suri rumah dan beliau berminat dalam bidang perniagaan dan baru dalam bidang menjual barangan kemas wanita ini. Beliau telah menjual emas secara kecil-kecilan disekitar Kampung Bukit Sireh dan dalam mencuba secara online.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM0 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah tidak menentu.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook dan email sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Daripada tidak mengetahui cara penggunaan komputer untuk mempromosikan produk beliau kini beliau telah mencuba dengan mula mempromosikan produk beliau melalui Instagram dan whatsapp. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3000.