mcmc
Kisah Kejayaan PI1M Mengkebang

Kisah Kejayaan Q2/2020

Keusahawanan – Nusrah binti Rosli

USAHAWAN PRODUK MAKANAN DAN KECANTIKAN WANITA

Nama  : Nusrah binti Rosli
Umur : 29 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Nusrah binti Rosli merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan seorang yang aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan di sekitar Kampung Enggong. Beliau telah mula berniaga kuih-muih di sekitar Kampung Enggong dan sekitar Kuala Krai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 sahaja dan tidak mengetahui untuk mempromosikan produk beliau melalui atas talian dan media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1,500.