Kisah Kejayaan Q2/2019
Keusahawanan – Zuraihah Binti Muhammad
USAHAWAN PRODUK MAKANAN FROZEN DAN HOMESTAY
| Nama | : Zuraihah Binti Muhammad |
| Umur | : 37 Tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Puan Zuraihah merupakan seorang usahawan berkaitan produk berasaskan makanan sejuk beku dan beliau juga menyediakan perkhidmatan penginapan Homestay di Daerah Kuala Krai. Produk makanan sejuk beku beliau dipasarkan seluruh negeri Kelantan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500– RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah terdiri daripada penduduk setempat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih mudah. Pelanggan beliau dari pelbagai tempat yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut.