mcmc
Kisah Kejayaan PI1M Mengkebang

Kisah Kejayaan Q1/2019

Keusahawanan – En. Muhammad Syazwan

USAHAWAN PERKHIDMATAN PERCETAKAN

Nama  : Muhammad Syazwan Bin MOhd Yusoff
Umur : 23 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

En. Syazwan berasal dari Kampung Enggong yang menamatkan pengajian diploma serta telah bekerja dalam bidang percetakan sebelum membuka perniagaannya sendiri. Dari pengalaman sebelum ini beliau telah membuka kedai sendiri di Kampung beliau dengan memberi perkhidmatan fotostat, liminating, binding, percetakan digital seperti banner, banting, flyer dan kad kahwin. Beliau juga menyediakan servis baikpulih komputer serta menjual komputer baru dan terpakai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En. Syazwan pada sebelum ini sukar untuk mendapatkan bahan dan melakukan urusniaga melalui talian. Beliau juga kurang mahir dengan penggunaan aplikasi adobe photoshop serta ingin mempromosikan kedai beliau di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini dapat mempromosikan perkhidmatan beliau melalui media sosial. Pelanggan beliau dari sekitar kampung yang berdekatan yang mana mereka mengetahui perkhidmatan beliau melalui facebook/whatsapp group tersebut. Beliau juga telah mahir tentang penggunaan adobe photoshop.