CELIK IT PUAN SABARIAH BT ABDULLAH
Nama | : Sabariah Binti Abdullah |
Umur | : 39 tahun |
Ahli | : 2011 |
Latar Belakang
Puan Sabariah merupakan seorang yang bergiat aktif dalam komuniti setempat selaku setiausaha JKKKP Kampung Keroh. Beliau kerap ke PI atas urusan kerjanya dalam penyediaan dokumen dan sebagainya. Puan Sabariah banyak menggunakan kemudahan di PI dalam menyelesaikan urusan kerja beliau.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Pengetahuan dalam bidang ICT sekadar asas sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan ICT dan Intel Easy Step yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah mengetahui tentang penggunaan Microsoft Office dan penggunaan email. Beliau banyak melakukan kerja penyediaan dokumen bagi penyediaan laporan beliau dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini. Dengan latihan ICT yang disediakan di PI telah mempermudahkan urusan kerja beliau dan beliau berminat untuk terus mendapatkan khidmat latihan ICT di PI.
USAHAWAN PRODUK KOSMETIK DAN PERHIASAN
Nama | : Nur Suaidah Binti Latif |
Umur | : 24 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Nur Suaidah sebelum ini hanya bekerja sebagai jurujual di sebuah pasaraya di Kuala Krai. Dalam pada itu beliau mencuba untuk membuat perniagaan atas talian (online). Beliau mencuba dengan menjual produk kosmetik dan barang perhiasaan wanita. Beliau mula berniaga secara atas talian dalam 2 tahun lepas dan telah berhenti dari bekerja sebagai jurujual di pasaraya.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas latihan yang disediakan di PI, Nur Suaidah mendapat pendapatan diantara RM1000. Dan skop pelanggan tidak meluas.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah mengetahui cara mempromosikan produknya ke pasaran dengan sendiri. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.
USAHAWAN PEMBUATAN KAPAL TERBANG KAWALAN JAUH
Nama | : Che Hamid Bin Mohd Salleh |
Umur | : 56 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Che Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Mie Krai yang memang mahir dalam bidang elektrik dan elektronik. Beliau mempunyai kelebihan dalam bidang pembuatan Kapal Terabng Kawalan Jauh. Sebelum ini ianya hanya sekadar hobi dan daripada hobi telah bertukar kepada sumber pendapatan sampingan. Beliau turut menerima undangan daripada Institut Kemahiran di bawah kendalian kerajaan ataupun MARA untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang berminat dengan aktiviti sukan ini. Beliau telah menceburi bidang ini selama 10 tahun dan telah menjadikan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat beliau menyimpan dan menyiapkan tempahan daripada pelanggan.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1500.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil kerja tangan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM3000 mengikut kepada tempahan dan jemputan untuk mengadakan persembahan.