PI Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet. PI Mengkebang(Kg. Bedal) telah mengadakan Hari Dashboard Komuniti bagi melancarkan dan memperkenalkan aplikasi baru tersebut kepada komuniti. Program ini telah diadakan pada 12 November 2016 bertempat di Pusat Internet Mengkebang (Kg. Bedal) dan persekitaran Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal. Program ini telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran masyarakat setempat dan penglibatan dari agensi-agensi dan PBT setempat.