mcmc
Laporan Aktiviti

Bengkel Keselamatan Cyber & Klik Dengan Bijak

 

Tarikh : 18 Januari 2018
Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang
Lokasi : SMK Manik Urai
Peserta : 200 Orang

 

 

 

 

 

Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

 

Aktiviti

Bengkel Keselamatan Cyber dan Klik Dengan Bijak ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Manik Urai Lama. Peserta yang terlibat adalah dari kalangan Tingkatan 1 dan 2 iaitu seramai 200 orang. Pelajar diberi penerangan tentang penggunaan internet dengan betul serta batas-batas dalam perkongsian data maklumat peribadi di laman sosial. Antara aktiviti lain yang diadakan sekali ialah Kuiz ICT dan berkenaan Klik Dengan Bijak.

 

GAMBAR DISINI