Tarikh | : 18 Mac 2021 |
Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Komuniti Mengkebang |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Peserta yang terdiri daripada golongan belia dan dewasa telah mengikuti kelas ICT bagi modul Pengenalan Penggunaan Internet. Peserta akan diberikan panduan bagi penggunaan internet yang betul serta cara untuk mengakses data bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang diinginkan melalui atas talian.
Aktiviti
Peserta mendaftarkan emel dan diberikan panduan untuk mengakses portal-portal kerajaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan bidang yang diceburi oleh peserta.