mcmc
Kisah Kejayaan PI1M Mengkebang

Kisah Kejayaan Q1/2020

Keusahawanan – Puan Adlina Binti Musa

USAHAWAN TUDUNG WANITA DAN PAKAIAN

Nama  : Adlina Binti Musa
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Adlina Binti Musa merupakan seorang usahawan tempatan dalam menyediakan perkhidmatan jualan pakaian wanita dan tudung. Puan Adlina juga ada menyediakan perkhidmatan menjahit pakaian untuk sampingan beliau di masa tidak sibuk.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk adalah terhad dan  pelanggan bulanan adalah tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook dan instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000. Puan Adlina juga mengikuti Kelas Keusahawanan dibawah Kesedar dan ECER bagi mendalami lagi ilmu perniagaan.