mcmc
Kisah Kejayaan PI1M Mengkebang

Kisah Kejayaan Q1/2020

Keusahawanan – Muhamad Syahrizan Bin Mat Jaya

USAHAWAN KEDAI CERMIN DAN ALUMINIUM

Nama  : Muhamad Syahrizan Bin Mat Jaya
Umur : 29 Tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

Encik Syahrizan telah menyediakan perkhidmatan bagi peralatan dan pemasangan aluminium dan cermin. Beliau telah membuka perniagaan sejak 5 tahun yang lalu yang bertapak di Kampung Bukit Sireh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM2000 – RM3000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah tidak menentu dan bergantung kepada tempahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh sekitar Kuala Krai dan Machang yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000.