Tarikh | : 14 November 2019 |
Masa | : 2.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Mengkebang |
Peserta | : 4 Orang |
Tujuan
Peserta diberi penerangan serta latihan berkenaan asas kepada pengenalan dan penggunaan komputer. Peserta juga diberi latihan tentang mencipta akaun email serta asas kepada penggunaan internet.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat berkenaan dengan modul asas komputer yang memberi penekanan kepada peserta dari segi cara penggunaan komputer serta setiap fungsi yang terdapat pada sesebuah komputer. Peserta juga didedahkan dengan cara penjagaan komputer dari segi serangan virus serta penggunaan internet secara berhemah.