mcmc
Kisah Kejayaan PI1M Mengkebang

Kisah Kejayaan Q3/2019

Keusahawanan – Puan Suhaila Binti Badarudin

USAHAWAN PRODUK MAKANAN DAN KATERING

Nama  : Suhaila Binti Badarudin
Umur : 38 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Suhaila telah berasal dari Kampung Bedal Kuala Krai telah memulakan perniagaan produk berasaskan makanan basah seperti nasi berlauk serta kuih muih. Beliau yang minat dengan masakan juga menyediakan perkhidmatan tempahan makanan untuk sebarang majlis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah mengikut tempahan dan tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Kampung Bedal dan yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut dan media sosial. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1200.