mcmc
Kisah Kejayaan PI1M Mengkebang

KISAH KEJAYAAN Q3/2018

Nama En. Mahmud Bin Zakaria
Umur : 34 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

En. Mahmud Zakaria berasal dari Kampung Manik Urai Lama Kuala Krai terlibat secara sambilan dalam perniagaan produk makanan kuih bahulu. Telah berkecimpung selama 5 tahun dalam bidang produk kuih bahulu ini dan telah dipasarkan merata tempat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan tidak menentu.Pengetahuan dalam bidang ict juga kurang mahir bagi memperluaskan lagi pemasaran kuih bahulu beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri serta blog yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2500.