CELIK IT – En. Mohamad Imran
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : En. Mohamad Imran Bin Mat Sidik |
Umur | : 24 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
En. Mohamad Imran merupakan ahli yang aktif dan kerap menggunakan PI untuk mendapatkan maklumat. Merupakan pelajar tahun 3 Universiti Utara Malaysia. PI ini telah banyak memudahkan segala urusan beliau beserta latihan yang diberikan banyak memberi manafaat kepadanya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kesusahan untuk mendapatkan maklumat bagi tugasan universiti atau kursus disebabkan saya tidak mempunyai kemahiran yang cukup dalam penggunaan komputer dan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, kini beliau dapat menyelesaikan kerja dengan mudah dan mendapatkan maklumat dengan senang.
KEUSAHAWANAN – Pn. Norulhuda
USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN
Nama | : Pn. Norulhuda Bt. Hassan |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Puan Norulhuda yang menetap di Kampung Temalir Kuala Krai Kelantan telah menjual pelbagai produk seperti produk makanan, pakaian dan kesihatan secara online mahupun offline. Beliau berminat dengan perniagaan ini dan disamping itu adalah untuk menambah pendapatan beliau. Telah menceburi bidang perniagaan ini hampir 5 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM700 sahaja sebulan. Beliau juga tidak mengetahui cara untuk memasarkan produk dengan lebih meluas atau menggunakan media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini yang memiliki facebook sendiri dapat mempromosikan hasil produk jualan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook atau media sosial tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000.
KEUSAHAWANAN – En. Ruhullqsti
USAHAWAN OLIVE OIL
Nama | : En. Ruhullqsti B. Hj. Ibrahim |
Umur | : 23 tahun |
Ahli | : 2010 |
Latar belakang
En. Qisti bekerja sebagai jurubanci di pejabat Perangkaan Kuala Krai secara sambilan. Beliau yang telah berkahwin dan ingin menambah pendapatan keluarga telah menceburi bidang jualan produk olive oil di sekitar Kuala Krai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak mengetahui cara untuk memulakan promosi produk jualan beliau secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut.