CELIK IT NUR SYAMIMI NATAHSA BT MOHD ZULKIFLI
Nama | : Nur Syamimi Natasha Bt. Mohd Zulkifli |
Umur | : 20 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Nur Syamimi Natasha Bt. M.Zulkifli merupakan ahli yang aktif berdaftar dengan PI Mengkebang. Berumur 19 tahun lepasan STPM. Berasal dari Kampung Bukit Sireh Kuala Krai Kelantan. Kerap kali datang ke PI dalam urusan menyiapkan tugasan sekolah dan mengikuti kelas latihan yang diberikan.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak mahir menggunakan Microsoft Word untuk memasukkan jadual dan tidak tahu menggunakan Microsoft Powerpoint. Pengetahuan dalam bidang ICT sekadar asas sahaja.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Nur Syamimi kerap datang ke PI bagi mendapatkan maklumat hal pembelajaran bersama kawan-kawan. Beliau juga mengikuti kelas latihan ICT bagi persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
USAHAWAN MOHD HANAPI BIN MOHD DIN
Nama | : Mohd Hanapi Bin Mohd Din |
Umur | : 33 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
En. Mohd Hanapi merupakan seorang guru di SK Mempelam Jelawang. Beliau berasal dari Kampung Bukit Sireh. Bermula dari hobi beliau yang suka melancong dan mengambil gambar potret beliau telah mencuba untuk membuat perkhidmatan fotografi.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau bagi fotografi hanya sekitar RM0 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan yang tidak menentu dan disebabkan tugas yang sibuk sebagai guru.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh sekitar Kuala Krai yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook dan juga instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM2000.
USAHAWAN NORIZAN BT MA’AROFF
Nama | : Norizan Bt Ma’aroff |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Puan Norizan merupakan usahawan separuh masa bagi produk kesihatan, kecantikan dan pakaian bagi produk Serri Bella.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak tahu menggunakan FB ads untuk mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Beliau juga tidak mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat laporan perniagaan.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Beliau juga sudah mula tahu untuk membuat FB ads.