CELIK IT TUAN MUHAMAD BIN TUAN DOLLAH
Nama | : Tuan Muhamad Bin Tuan Dollah |
Umur | : 51 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
En. Tuan Muhamad merupakan seorang Penghulu di Kampung Pasir Kelang di Kuala Krai. Beliau telah mengikut Kursus ICT yang dianjurkan oleh PI Mengkebang dengan jayanya. Kelas latihan ini amat penting bagi beliau dalam melakukan kerja harian.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Amat rumit bagi beliau untuk menyediakan surat-surat bertaip dan menyimpan data-data kerja beliau. Sebelum ini beliau mendapatkan pertolongan anak beliau untuk menyediakan dokumen yang beliau inginkan.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah boleh menyediakan dengan sendiri dokumen yang berkaitan kerja beliau. Dengan menghadirkan diri pada Kelas ICT juga dapat melancarkan lagi penggunaan Microsoft Office bagi menyiapkan tuagasannya. Di PI juga Tuan Muhamad mempelajari cara menggunakan internet.
USAHAWAN CETAKAN DIGITAL & PEMBAHARUAN INSURAN KENDERAAN
Nama | : Cik Elinimaslinda Binti Che Muda |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
Puan Elini telah bermula berniaga dalam 10 tahun di Kuala Krai. Bermula secara kecil-kecilan dengan menyediakan beberapa perkhidmatan sahaja sehingga sekarang telah menceburi pelbagai bidang dalam Digital Print.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM3000 – RM4000 sahaja sebulan. Perkhidmatan yang disediakan masih kurang dan belum menjalankan perkhidmatan Digital Print. / pelanggan bulanan adalah dari warga setempat.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh beliau. Pelanggan beliau dari pelbagai tempat yang mana mereka mengetahui perkhidmatan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM5000 – RM6000.
USAHAWAN ONLINE RADIO AL-QURAN DIGITAL & ELEKTRONIK
Nama | : Ahmad Dusuki Bin Mohd Sansamusidin |
Umur | : 30 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar Belakang
En. Ahmad Dusuki telah menjual Radio Digital Al-Quran dan Elektronik secara online dengan mempromosikan di facebook. Memulakan berniaga sebagai pendapatan sampingan beliau. Mula belajar berniaga melalui atas talian sejak 3 tahun yang lalu.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Beliau tidak tahu menggunakan FB ads untuk mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Beliau juga tidak mahir menggunakan Microsoft Word untuk membuat laporan perniagaan.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Mengkebang, beliau kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 – RM800.