Tarikh | : 22 Mac 2018 |
Masa | : 9.00 pagi – 2.00 petang |
Lokasi | : PI Mengkebang |
Peserta | : 130 Orang |
Tujuan
Program Hari Bersama Komuniti 2018 bagi PI Mengkebang diadakan bagi memberi fokus kepada golongan usahawan-usahawan yang berada sekitar PI Mengkebang untuk mengikuti program dan latihan yang disediakan di PI serta memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti iaitu MyShop dan mengikuti pemeriksaan kesihatan percuma.
Aktiviti
Program sepanjang Hari Bersama Komuniti tersebut adalah penglibatan di peringkat semua golongan. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah pemeriksaan kesihatan percuma(myhealth), taklimat keusahawanan oleh pihak YaPeim Kuala Krai dan Peladang Muda Kuala Krai, taklimat Myshop, download aplikasi dashboard komuniti, kuiz ict dan sukaneka serta cabutan bertuah kepada pengunjung.