Galeri Muzium Kuala Krai
Galeri Muzium Kuala Krai
Galeri Muzium Kuala Krai telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhamad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada 3 November 2014.
Muzium Kuala Krai ditubuhkan dengan matlamat mempersembahkan
khazanah sejarah Jajahan Kuala Krai untuk tatapan umum. Muzium ini
menyimpan pelbagai artifak berharga, termasuk maklumat mengenai
tokoh-tokoh ternama asal Kuala Krai, sejarah penubuhan jajahan, serta
jenis-jenis batu sempadan yang meliputi mukim, daerah, negeri, dan
negara. Selain itu, sejarah legenda Cik Siti Wan Kembang turut
dipamerkan sebagai salah satu tarikan utama.
Muzium ini dibuka kepada pengunjung dari Ahad hingga Khamis, bermula
jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang, dan ditutup pada hari Jumaat dan sabtu. Ia
merupakan destinasi yang sesuai untuk mendalami sejarah dan warisan unik Jajahan Kuala Krai.