APA ITU e-sisa?
Terma e-sisa atau Sisa Perkakas Elektrik & Elektronik (WEEE) merangkumi semua jenis perkakas elektrik & elektronik yang telah dibuang.
e-Sisa Mudah Alih secara khususnya merujuk pada semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet termasuk pengecas & aksesori.
Peranti mudah alih perlu dilupuskan secara sempurna apabila tidak lagi digunakan.
Bahan pembuatannya tidak boleh terurai secara semulajadi & mengandungi komponen berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda & mencemarkan persekitaran.
Menerusi proses kitar semula yang betul, lebih 90% daripada bahan yang digunakan dalam peranti mudah alih & aksesori boleh dipulihkan semula.
JOM KITAR SEMULA TELEFON DAN AKSESORI TELEFON ANDA.
Kepada pemilik yang mempunyai perkakasan telefon dan aksesori yang telah rosak ataupun sudah tidak digunakan lagi boleh terus ke Pusat Internet Mengkebang(Kg. Bedal) untuk menyertai program kitar semula peranti anda.
Sebarang maklumat lanjut mengenai Mobile E-Waste boleh melayari http://mobileewaste.mcmc.gov.my/ms-my/home